Powered By Blogger

Saturday 11 February 2012

Teluk Batik (21 Jan 2012)

Assalamualaikum

Pada 21 Jan lepas, berlaku satu percutian yang tidak dirancang :) .Mulanya hanya menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja di Ipoh sahaja dan bercadang untuk menginap semalam di Ipoh..tapi, disebabkan kami ni minat pantai...mula la mencari kat internet pantai mana yang berhampiran..hahaha. Tetiba teringat Teluk Batik yang aku last pegi masa form3(perkampungan ilmu) tahun 98 dulu. Kmai pun check in kat Teluk Batik Resort.

menginap di teluk batik resort

kat lobby & bilik hotel
masa breakfast
 Teluk Batik terletak 7km dari Jeti Lumut dan dari Ipoh dalam 80km lebih.Kalau tak nak ke Pulau Pangkor, boleh la berkelah disini..pantai yang sepanjang lebih kurang 2km agak cantik dan bersih.  Dengar kabo, kat sini juga dorang ada buat Pesta Laut Lumut yang selalu diadakan semasa cuti sekolah.

Sofea 1st time bediri kat pasir
Sofea seronok kat pantai

Kat sini ada bermacam-macam aktiviti boleh dilakukan, kalau nak anjurkan aktiviti keluarga pun sesuai kat sini. Ada banyak gerai-gerai jualan hasil komersial kat sini..labu sayung pun ada.
banyak aktiviti bole dilakukan kat sini
lanskap yang cantik kat entrance

Sebelum balik ke Penang, aku singgah sekejap kat Taiping, pekena mee udang kat Kuala Sepetang.Mee Udang kat sini feymess..so..isi perut dulu sebelum balik.haha.
Pekena mee udang ngan kawan lama.