Saturday, 10 December 2011

Taiping with LOVE

Assalamualaikum

Pagi tadi aku ngan family pi Taiping, maklumlah sekarang kan tengah "musim kawen" banyak la jemputan nak kene pegi. Bulan satu tahun depan ada 2 or 3 jemputan lagi..Alhamdullilah pada mereka yang nak dirikan masjid..pas ni masuk pula "musim mengawan" hehehe. Betambah ramaila "geng budak sekolah" anak aku nanti.

Semoga berbahagia ke akhir hayat
Dah jejak kaki kat Taiping ni...apa lagi, ronda2 la..pi usha pa tempat yang menarik...main tangkap-tangkap gambar la pula kan ngan baby Sofea.
Papa..Sofea nak jenjalan Tasek Tea-Peng..boleh???
Tapi Sebelum pi Taman Tasik Taiping tu, aku singgah kat Muzium Taiping jap. Saja ja ambik gambar. Tapi kalau korang pi Perak..Muzium Kuala Kangsar lagi banyak benda nak di usha rasanya. Masuk Muzium Taiping ni free ja & leh tangkap gambar sesuka hati..Pacik guard cakap... :)
Muzium Taiping
cantik juga kat dalam ni
Lepas Muzium ni kami pi makan lagi kat dataran dalam area Taman Tasek Taiping ni..Tak tau la dataran ni nama apa, tapi mee udang dia memang sedap dan harganya hanya RM6 je..kalau aku tak salah ada dalam 6-7 ekor udang dalam tu kot, besar-besar pula.berbaloi la...tapi "yong tau fu" aku syorkan jangan beli la...coz, dia tak letak tanda harga. Bila bini aku tanya, pekedai tu jawab "kat sini memang style tak letak tanda harga"..bukan apa, takut nanti time bayar korang "terkejut" ngan harganyer..hahah.

makan dengan bersopan santun
Next..Taman Tasek Taiping...masa ni hujan baru berenti, tapi masi ada bunyi "guruh2" sikit.so kami ber photo shoot je la seada mungkin..Sofea pun dah mula buat muka "memeh" dia...maksudnya letih.

ber"cereka rama" kat tasik ni pula...
macam mak bapa je yg asyik begambar..
Time kami kat sini ada 3 pengantin yang buat photo shoot kat sini..tempat ni bagi aku memang cantik dan kalau aku ada rumah area ni memang hari-hari aku jogging kat sini sambil mencuci mata melihat kehijauan taman..heheh.. Pas ni...Balik Penang la..Sofea suka bila dengar nak balik negeri kelahiran dia..hahahah

Pemandangan yang indah atas bridge...sayang tak leh berenti ambik gambar sunset...second bridge nanti bila dah siap..dengar khabar ada tempat rehat kat tengah-tengah laut tu..lagi pun jauh kan..24km...kene la ada RnR . Aku perasan anak aku ni senyum je sepanjang perjalanan balik masuk island...dia suka kot hidu bau laut..hahahah.

Assalamualaikum

5 comments:

saza said...

best..nnti sofea besar sikit boleh bawak masuk zoo pulak hehe :)

kan tempat lahir dia..tu yg dia senyum je masuk bridge..hehe

a.n.n.e said...

mcm cantik n aman je taiping, xpernah nak pi melancong sana, jalan lalu mkn mee udang je selalu..:)

Anonymous said...

waahhh~ cidap nyierr mee udang! slurrrpppp~
best nyierrr~ nnt nak g gak laa...
wowwww!!~
(sepol suh tulih...hahha haaa)

baby sofea tomey! ahakkkzz ;p

sepol kenshu said...

mas..ko kan mencomment dengan rela hati bukan atas paksaan..hehehe...pi la dating kat tempat ni..cantik oo, tangkap2 gambar..tapi, duduk renggang2,jangan peggang2 la..hahah

sepol kenshu said...

anne, kalau pi dating sesuai la tempat ni :p ..tapi jogging2 "cuci mata" ngan ayer tasek pun ok gak..hahah