Wednesday, 30 November 2011

my cute little princess

Assalamualaikum

"Anak-anak adalah cahaya mata, Penghibur hati penyejuk jiwa, Nikmat Allah yang paling bahagia, Nisbah benda lahiriah di dunia, Amanah Allah yang mesti dijaga....."

 
Nur Sofea Eiryna binti Saiful Anuar. Lahir pada 17 September 2011, dah 2 bulan 13 hari usianya. Irasnya mcm wajah mamanya atau papanya..?? tak penting bagi ku....semoga bayi ini membesar dengan sihat dan sempurna itu yang ku ingini...semoga didikan kami akan menjadikan sofea insan beguna dimasa depan nanti..AMIN.



Masa Sofea lahir beratnya 2.7kg je, selepas 2 bulan 10 hari dah naik 4.75kg dah. Alhamdulillah Sofea dapat fully breast feed dari mama dia dari hari pertama lahir & aku nak dia  exclusive fully breast feed untuk 6 bulan dan kalau bole sampai 2 tahun(itupun kalau aku tak plan tuk adik sofea lagi la..hahah)..Memasing bole google la khasiat susu ibu ni, memang banyak dan Alhamdulillah masa sofea lahir... 

(1)G6PD(enzim keturunan dlm sel darah merah,kalau kurang bole musnahkan sel darah merah)= normal
(2) Thyroid mesti dalam range 2.00 - 25.00 (sofea punyer 2.47)
(3) Joundis@kuning check on 19/9 =147(normal)..above 200 kene tahan.



Ini muka tengah teran "taik"  :p
ahhhhhhhh......leganyerrrrr perut lepas "uhk..uhk"...
Gaya tido "buas"

 Gaya tido favorite sofea...ikut sape la tu??? 

Che Mek tido mulut nganga...

Pengasuh atau nursery?aku belum putuskan lagi nak hantar kemana. Banyak yang nak dipertimbangkan..tapi akhir bulan 12 ni memang nak kene hantar dah.Paling utama adalah keselamatan. Kalau pengasuh atau nursery tu jaga banyak baby pun tak jadi juga..Baby kan kene bagi perhatian lebih..kalau pengasuh tu muda sangat pun takut juga,coz kurang pengalaman.hurm..risau juga nak hantar sofea ni,kecil lagi..tapi terpaksa...papa & mama kerja.

Satu lagi masalah Sofea..."anak dara" ni tanak minum susu dalam botol...mengamuk macam dinosaur :p ..Penat je mama pam, maybe kalau bukan mama yang bagi, sofea nak..sofea kan manja.hehehe.

Satu yang aku sedar pasal anak dara aku sorang ni.."sofea suka jalan" bila aku tolak stroller dia diam..bila stroller berenti sofea nangis..bila dalam kereta gerak..sofea senyum, bila kereta berenti sofea "teriak"..adei...menurun sikap sape la ni??hahaha...Bulan 2 tahun depan aku bawa la "che mek" ni jumpa atuk & nenek dia kat sabah pula..dah tak panggil "che mek"dah...nanti kene panggil "sumandak" la pula..hahha...


Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah  s.w.t. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Anak ini merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan  sempurna, keselamatan di dunia dan akhirat harus dipastikan.  Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, Aku harap aku menunaikannya dengan baik. Amin.



Assalamualaikum