Tuesday, 13 December 2011

Sofea Sembelit dalam senyuman

Assalamualaikum

Budak "tetik" sofea ni..sembelit lagi. Dah dua kali dalam bulan ni. Tak berak tapi Dr check semua ok. Perut takde kembung, degupan jantung ok..Sofea pun memang senyum je..memang takde meragam. Cuma yang aku perasan...dah dua kali dia sembelit ni hanya selepas kami sekeluarga jalan jauh..kali pertama ke KL kali kedua ke taiping..erk..ada kaitan ke tanak berak & jalan jauh???

Aku & wife bawa pi Hope Children Hospital Sg, Ara..Bagus tempat ni. Dr pun baik2, nurse pun cantik-cantik & peramah.
sofi & mama
suka tangkap gambar dak "tetik" ni
Dr bagi ubat masuk "montot" jer..pas setengah jam balik umah terus bereakkkkkk...adei..papanyer la yg tukang tukarkan...banyak pula tu..hahaha.

terus beselera nak makan nasik..hahahha, macam kuah kari kan???
Hope Sofea pas ni dah tak sembelit...heran juga ni, dah la breast feed...minum susu paling bagus dalam dunia..tapi sembelit gak...sofea sembelit dalam senyuman

Saturday, 10 December 2011

Taiping with LOVE

Assalamualaikum

Pagi tadi aku ngan family pi Taiping, maklumlah sekarang kan tengah "musim kawen" banyak la jemputan nak kene pegi. Bulan satu tahun depan ada 2 or 3 jemputan lagi..Alhamdullilah pada mereka yang nak dirikan masjid..pas ni masuk pula "musim mengawan" hehehe. Betambah ramaila "geng budak sekolah" anak aku nanti.

Semoga berbahagia ke akhir hayat
Dah jejak kaki kat Taiping ni...apa lagi, ronda2 la..pi usha pa tempat yang menarik...main tangkap-tangkap gambar la pula kan ngan baby Sofea.
Papa..Sofea nak jenjalan Tasek Tea-Peng..boleh???
Tapi Sebelum pi Taman Tasik Taiping tu, aku singgah kat Muzium Taiping jap. Saja ja ambik gambar. Tapi kalau korang pi Perak..Muzium Kuala Kangsar lagi banyak benda nak di usha rasanya. Masuk Muzium Taiping ni free ja & leh tangkap gambar sesuka hati..Pacik guard cakap... :)
Muzium Taiping
cantik juga kat dalam ni
Lepas Muzium ni kami pi makan lagi kat dataran dalam area Taman Tasek Taiping ni..Tak tau la dataran ni nama apa, tapi mee udang dia memang sedap dan harganya hanya RM6 je..kalau aku tak salah ada dalam 6-7 ekor udang dalam tu kot, besar-besar pula.berbaloi la...tapi "yong tau fu" aku syorkan jangan beli la...coz, dia tak letak tanda harga. Bila bini aku tanya, pekedai tu jawab "kat sini memang style tak letak tanda harga"..bukan apa, takut nanti time bayar korang "terkejut" ngan harganyer..hahah.

makan dengan bersopan santun
Next..Taman Tasek Taiping...masa ni hujan baru berenti, tapi masi ada bunyi "guruh2" sikit.so kami ber photo shoot je la seada mungkin..Sofea pun dah mula buat muka "memeh" dia...maksudnya letih.

ber"cereka rama" kat tasik ni pula...
macam mak bapa je yg asyik begambar..
Time kami kat sini ada 3 pengantin yang buat photo shoot kat sini..tempat ni bagi aku memang cantik dan kalau aku ada rumah area ni memang hari-hari aku jogging kat sini sambil mencuci mata melihat kehijauan taman..heheh.. Pas ni...Balik Penang la..Sofea suka bila dengar nak balik negeri kelahiran dia..hahahah

Pemandangan yang indah atas bridge...sayang tak leh berenti ambik gambar sunset...second bridge nanti bila dah siap..dengar khabar ada tempat rehat kat tengah-tengah laut tu..lagi pun jauh kan..24km...kene la ada RnR . Aku perasan anak aku ni senyum je sepanjang perjalanan balik masuk island...dia suka kot hidu bau laut..hahahah.

Assalamualaikum

Thursday, 8 December 2011

Assalamualaikum..

Hari ni nak cerita pasal negeri kelahiran ku..Sabah..Aku jarang homesick tapi semenjak dua menjak ni rasanya macam rindu lak ngan kampung halaman & family. (cehh!!! tua bangka pun homesick lagi ke..haha). Last aku balik, tahun lepas(feb).Selalunya aku balik 2 kali setahun(raya cina & raya kita) .. tapi pas kawen ni, tang raya kita tu..kena gilir2 la..hahaha.

Bulan dua next year(5/2/2012), aku balik Sabah seminggu bawa baby sofea jumpa family sabah dia pula. Kat Sabah nanti mesti nick name sofea tukar dari "che mek" ke "sumandak"..hahha.

Dua hari lepas aku ada call nenek aku, excited lak dia nak tau aku balik bulan2..tapi nenek aku cakap "nda kena ko balik tu AN bulan 2..banjir tu di sini" hehe...sekarang kan tengah musim tengkujuh sampai bulan2..hopefully tak banjir la..baru bole jenjalan balik kampung nanti. FYI nenek aku dah 86 tahun dan Alhamdulillah sihat wal'afiat lagi.


nenek & cicit (24/11/2011)
Nur Sofea Eiryna ada 8 orang cousin belah Sabah (tak tau la kalau abang-abang aku tengah "memproses")hahah..

Sofea takde dalam gambar ni
hi cousin..I'm coming home...
Cousin Sofea ada macam-macam bangsa...Ada Melayu, Bisayah & Dusun.memang 1 Malaysia. Dah la Sofea lahir tarikh "hari Malaysia" ops...sehari lewat dari tarikh "hari Malaysia" .

Dekat area kampung aku ada satu tempat tu nama dia "tip of borneo" kat Kudat. Kalau tengok peta Sabah..yang kat telinga or tanduk tu...so, kalau korang ada kat "tip of borneo" ni, maknanya korang memang berada kat hujung tanduk tu..view memang cantik.Nanti Review details.

Kalau pi Kundasan & Ranau pula, aku cadangkan korang menginap kat tempat ni
http://dreamworldkundasang.com/ (5 star ) nanti korang rasa yg Gunung Kinabalu tu dekat jeeee. Aku takde gambar nak letak coz resort ni baru je buka, tak sempat nak try...tengokla kalau ada rezeki lebih bulan 2 nanti..teringin juga nak try..ada "jacuzi" oooo..hehe.

Ada satu tempat lagi aku nak cadangkan menginap kalau nak merasa "breakfat" ngan view Gunung Kinabalu  http://kinabalupineresort.com/ tempat ni bukan saja persekitaran cantik, bersih & nyaman..location pun clear ngadap gunung Kinabalu.


Banyak lagi tempat menaik sebenarnya kat area2 ni..nanti aku akan story dengan lebih details bila aku balik sabah nanti..dekat area ni juga(mesilau) ada desa cattle..kalau pi sini rasa2 macam berada kat ladang ternakan lembu new zealand..

http://www.sabahtourism.com/sabah-malaysian-borneo/en/destination/161-tagal-sungai-moroli-kampung-luanti-fish-massage/ cadang balik nanti nak pi ketempat ni, coz tak pernah pegi sebelum ni..kat sini boleh rasa ikan urut satu badan..geli ke tak??..hahah..

Sabah tea garden pun ada area2 ni..Kalau kat Cameron ada Best of Highland (BOH) kat Sabah..Sabah Tea..becakap pasal BOH..aku nak ke cameron Christmas ni, so..akan ada N3 pasal cameron la nanti.haha.

Assalamualaikum

Saturday, 3 December 2011

cuti-cuti Penang (Part2)

Assalamualaikum


Dalam N3 lepas aku dah review pasal Air terjun titi kerawang, Taman rimba Teluk Bahang, Tropical Spice Garden, Penag Butterfly Farm & Masjid terapung tanjung bungah..La ni nak sambung la tempat-tempat menarik kat Penang ni yang aku penah pi & hopefully leh kongsi info yang beguna :)

(6) Taman Negara Pulau Pinang
Orang luaq ramai tatau tempat ni, ni nak habaq mai..nak pi hiking ka, pi bekelah ka, tengok pusat pembiakan penyu, tengok flora & fiona nak nyusahkan diri ka..leh la pi sini.Entrance nyer terletak di akhiran Jalan Batu Feringghi, kampung nelayan di Teluk Bahang

Entrance

Macam -macam ada.
Nak tengok Tasik Merokmatik(air laut + air tasik) & pantai = Kerachut Beach
Nak nyeksa diri & tengok rumah api = Muka Head
Nak mengayatkan diri = Titian Kenopi
Nak tengok tourist ber"bikini" = Monkey beach :)

Titian Kenopi 

menaki..sebelum sampai ke kerachut beach
turun bukit pula..


dah sampai
Tasik merokmitik ni kalau pi time musim dia, peralihan musim monsun Timur Laut (November-Mac) dan angin monsun Barat Daya (Mei-September), Kalau kita masuk letak kaki dlm tasik ni, kita akan rasa bahagian bawah panas(air laut)sebab ketumpatan lebih berat & bahagian atas sejuk(air tasik).

tasik merokmitik yang kering-kontang

  
entrance ke kerachut beach



Sebelum ni tak penah pun tau yang Penang ada pantai yang "agak" cantik macam tempat ni(tapi ada amaran obor-obor)..kalau pi monkey beach, rasanya lagi cantik. Nak "cuci mata" pun boleh...erk...cuci ngan air laut kat sana :)

pantai yang cantik dan bersih
boleh mandi-mandi
boleh tanam-tanam
Kat sini ada tempat penyelidikan& pelindungan penyu USM...sape2 tak penah tengok penyu or penyu betelur..bole la mai sini..



 Nak balik ada dua pilihan je...ikut track hiking balik atau balik ikut bot...rasanya fee utuk bot RM60 satu bot..boleh sumbat dalm 10 orang kottt...


(7) Penang Hill
Dolu-dolu..train nak naik atas tadak aircond...la ni..dah beraircond & laju...naik 15min, turun 5mn..heheh..sape-sape nak tengok penang view, wajibla datang sini.

Buka seawal 6:30am - 9.30pm
Adult = RM8
Children = RM4
Train baru
Tips nak pi tempat ni, bawa la teropong..hahaha...ada gak teropong disediakan kat sini..kene bayar seinggit utuk 5 minit kotttt..


Kalau nak round2 Penang Hill dan rasa-rasa banyak sangat duit nak dibazirkan bolelah sewa kereta macam kat gambar dibawah ni.Untuk kereta saiz mcm ni..perjalanan sejauh 2km = RM50, kecil lagi pun ada juga, harganya RM30


Kat atas ni pun ada Hotel..Kalau tak sempat nak pi cameron Highland ataupun Kinabalu Park...leh la bermalam kat sini..hahaha
kalau nak tau arga otel..leh call no tu.
Kat atas ni memang banyak tempat menarik untuk begambar, sape yang ada camera "pusing-pusing" a.k.a DSLR lagi baguihhh..banyak tempat cantik sini kalau nak tangkap.

(8) Toy's Museum
Sapa peminat action figure atau komik atau katun, sapa-sapa otak katun..bole la mai melawat tempat ni..memang sempoi. Location kat jalan Tanjung Bungah.

Buka tiap-tiap ari 9.00am-9.00pm
Adult = RM10
Children = RM 6








(9) Penang Ferry's 
Bagi orang luar dari Penang, rasanya..pengalaman menaiki ferry pun sala satu pengalaman bernilai bagi mereka. Melihat keindahan Pulau Mutiara dari view yang berlainan sememangnya berbaloi untuk diingati.
Yang bosannya naik ferry ni...nak kene menunggu Ferry datang..hahhaa..Perjalanan mengambil masa 15min ke 20 min je dengan fee mahal berapa sen je dari tol bridge. BIla dah park kereta tu..leh la korang kuar jenjalan & ambik2 gambaq.





Banyak lagi tempat menarik kat Penang ni yang aku tak sempat nak story2..tempat2 seperti war museum, Botanical garden etc..semuanya berbaloi dan menarik untuk di terokai..hahha..jadi duta tak rasmi Penang la pulakkk..

Assalamualaikum