Thursday, 12 January 2012

Cameron Highland Part2(25 Dec 2011)

Assalamualaikum

Hari ke-2, kami ke BOH tea Plantation..tahu tak BOH tu maksud apa??..maksudnyaerr Best Of Highland.Tempat ni kat Sungai Palas


Jalan nak masuk bedepan ngan Bee Farm..Jalan masuknyer memang mencabar. Kalau nak pegi tempat ni sama ada masa weekend atau masa cuti, dinasihatkan pegila seawal mungkin & balik la secepat mungkin.hahaha..kalau pegi time peak, masa nak masuk atau keluar ala-ala "deadliest road" kat History channel tu. Tempat ni bagi aku, paling cantik sekali antara semua ladang tea yang ada kat sini.







Next, ke time tunnel..yang menarik kat tempat ni..kita boleh lihat bermacam-macam barang lama zaman datuk nenek kita dulu & boleh ambik gambar sekali. Masuk RM5 untuk dewasa.


Seterusnyerrrr ke Taman Mardi, kat sini "macam-macam ada" dari strawberry ke cactus ke bunga ke apa-apa je la..semua ada kat sini.Entrance fee RM3 dewasa.




Malam tu pula, kami ke Pasar Malam Berinchang. Hari Biasa Pasar Malam ni buka weekend je tapi kalau cuti sekolah atau time cuti umum...buka setiap hari..kekadang dah tak rasa Pasar malam pula, Pasar tani yer la kottt..hahhaa..kat sini..segala jenis sayuran ada, nak beli cactus ada,strawberry pun ader,makanan lagi la belambak..

makan madu original
Next...zzzzz..dah malam balik hotel..check in kat Pines Resort area Tanah Rata..Sofea pun dah nangis-nangis(penat la tu) tapi bila letak atas katil..terus senyum-senyum..lega kot, boleh golek-golek...



Assalamualaikum

2 comments:

ezzati said...

1st komen!!!

Anonymous said...

BOH tu brew of highland la