Monday, 23 January 2012

Cameron Highland Part3(26 Dec 2011)

Assalamualaikum

Hari ke 3 dan hari terakhir kat Cameron Highland ni, nak balik ke Penang ikut Simpang Pulai..sepanjang perjalanan tu memang banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati seperti Bee Farm, Cactus Point & Strawberry Farm.

Bee Farm terletak berdepan je ngan jalan masuk nak ke BOH tea Plantation Sungai Palas. Kat tempat ni korang boleh beli segala produk berasaskan madu dengan harga yang berpatutan.


Masa kami pegi kat sini, hujan baru je berhenti..so kabus memang banyak dan sejuk...rasa macam kat Gunung Kinabalu pula..heheh.


Boleh melawat tempat pembiakan lebah ni, tapi kalau ada accident...sendiri tanggung. Tapi so far takde la pape yg tak diingini berlaku,aku pun kalau bukan sofea yang ajak...mana aku nak pi..heheh...betul..anak aku ni yang beria-ria nak pi  Bee farm ni...tengokla muka dia tu....hahahah


Next ke Cactus Point, kat sini ada beraneka cactus dengan size dan warna yang berbeza-beza..pilih je yang mana suka, harga pun berpatutan. Cuma yang aku tak paham..cactus bukan sinonim ngan tempat panas dan kering ke...apa kaitan cactus ngan tempat sejuk macam cameron ni???



Tempat terakhir yang kami kunjungi sebelum berangkat balik ke Penang adalah Strawberry point...kat sini bukan saja strawberry yang ada dijual tetapi juga bermacam-macam jenis sayuran dan cactus...dan cendawan...



1 comment:

ezzati said...

Best..nk pegi lg :-)