Saturday, 3 December 2011

cuti-cuti Penang (Part2)

Assalamualaikum


Dalam N3 lepas aku dah review pasal Air terjun titi kerawang, Taman rimba Teluk Bahang, Tropical Spice Garden, Penag Butterfly Farm & Masjid terapung tanjung bungah..La ni nak sambung la tempat-tempat menarik kat Penang ni yang aku penah pi & hopefully leh kongsi info yang beguna :)

(6) Taman Negara Pulau Pinang
Orang luaq ramai tatau tempat ni, ni nak habaq mai..nak pi hiking ka, pi bekelah ka, tengok pusat pembiakan penyu, tengok flora & fiona nak nyusahkan diri ka..leh la pi sini.Entrance nyer terletak di akhiran Jalan Batu Feringghi, kampung nelayan di Teluk Bahang

Entrance

Macam -macam ada.
Nak tengok Tasik Merokmatik(air laut + air tasik) & pantai = Kerachut Beach
Nak nyeksa diri & tengok rumah api = Muka Head
Nak mengayatkan diri = Titian Kenopi
Nak tengok tourist ber"bikini" = Monkey beach :)

Titian Kenopi 

menaki..sebelum sampai ke kerachut beach
turun bukit pula..


dah sampai
Tasik merokmitik ni kalau pi time musim dia, peralihan musim monsun Timur Laut (November-Mac) dan angin monsun Barat Daya (Mei-September), Kalau kita masuk letak kaki dlm tasik ni, kita akan rasa bahagian bawah panas(air laut)sebab ketumpatan lebih berat & bahagian atas sejuk(air tasik).

tasik merokmitik yang kering-kontang

  
entrance ke kerachut beach



Sebelum ni tak penah pun tau yang Penang ada pantai yang "agak" cantik macam tempat ni(tapi ada amaran obor-obor)..kalau pi monkey beach, rasanya lagi cantik. Nak "cuci mata" pun boleh...erk...cuci ngan air laut kat sana :)

pantai yang cantik dan bersih
boleh mandi-mandi
boleh tanam-tanam
Kat sini ada tempat penyelidikan& pelindungan penyu USM...sape2 tak penah tengok penyu or penyu betelur..bole la mai sini..



 Nak balik ada dua pilihan je...ikut track hiking balik atau balik ikut bot...rasanya fee utuk bot RM60 satu bot..boleh sumbat dalm 10 orang kottt...


(7) Penang Hill
Dolu-dolu..train nak naik atas tadak aircond...la ni..dah beraircond & laju...naik 15min, turun 5mn..heheh..sape-sape nak tengok penang view, wajibla datang sini.

Buka seawal 6:30am - 9.30pm
Adult = RM8
Children = RM4
Train baru
Tips nak pi tempat ni, bawa la teropong..hahaha...ada gak teropong disediakan kat sini..kene bayar seinggit utuk 5 minit kotttt..


Kalau nak round2 Penang Hill dan rasa-rasa banyak sangat duit nak dibazirkan bolelah sewa kereta macam kat gambar dibawah ni.Untuk kereta saiz mcm ni..perjalanan sejauh 2km = RM50, kecil lagi pun ada juga, harganya RM30


Kat atas ni pun ada Hotel..Kalau tak sempat nak pi cameron Highland ataupun Kinabalu Park...leh la bermalam kat sini..hahaha
kalau nak tau arga otel..leh call no tu.
Kat atas ni memang banyak tempat menarik untuk begambar, sape yang ada camera "pusing-pusing" a.k.a DSLR lagi baguihhh..banyak tempat cantik sini kalau nak tangkap.

(8) Toy's Museum
Sapa peminat action figure atau komik atau katun, sapa-sapa otak katun..bole la mai melawat tempat ni..memang sempoi. Location kat jalan Tanjung Bungah.

Buka tiap-tiap ari 9.00am-9.00pm
Adult = RM10
Children = RM 6








(9) Penang Ferry's 
Bagi orang luar dari Penang, rasanya..pengalaman menaiki ferry pun sala satu pengalaman bernilai bagi mereka. Melihat keindahan Pulau Mutiara dari view yang berlainan sememangnya berbaloi untuk diingati.
Yang bosannya naik ferry ni...nak kene menunggu Ferry datang..hahhaa..Perjalanan mengambil masa 15min ke 20 min je dengan fee mahal berapa sen je dari tol bridge. BIla dah park kereta tu..leh la korang kuar jenjalan & ambik2 gambaq.





Banyak lagi tempat menarik kat Penang ni yang aku tak sempat nak story2..tempat2 seperti war museum, Botanical garden etc..semuanya berbaloi dan menarik untuk di terokai..hahha..jadi duta tak rasmi Penang la pulakkk..

Assalamualaikum

4 comments:

saza said...

memang duta tak rasmi nihhh!!

sepol kenshu said...

besa la...penang tetap di hati :)

cik selamah kundang said...

powerla sepol dah ada belog

sepol kenshu said...

biasala cik selamah..baru tesedar dah abad ke-21..