Powered By Blogger

Saturday 11 February 2012

Teluk Batik (21 Jan 2012)

Assalamualaikum

Pada 21 Jan lepas, berlaku satu percutian yang tidak dirancang :) .Mulanya hanya menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja di Ipoh sahaja dan bercadang untuk menginap semalam di Ipoh..tapi, disebabkan kami ni minat pantai...mula la mencari kat internet pantai mana yang berhampiran..hahaha. Tetiba teringat Teluk Batik yang aku last pegi masa form3(perkampungan ilmu) tahun 98 dulu. Kmai pun check in kat Teluk Batik Resort.

menginap di teluk batik resort

kat lobby & bilik hotel
masa breakfast
 Teluk Batik terletak 7km dari Jeti Lumut dan dari Ipoh dalam 80km lebih.Kalau tak nak ke Pulau Pangkor, boleh la berkelah disini..pantai yang sepanjang lebih kurang 2km agak cantik dan bersih.  Dengar kabo, kat sini juga dorang ada buat Pesta Laut Lumut yang selalu diadakan semasa cuti sekolah.

Sofea 1st time bediri kat pasir
Sofea seronok kat pantai

Kat sini ada bermacam-macam aktiviti boleh dilakukan, kalau nak anjurkan aktiviti keluarga pun sesuai kat sini. Ada banyak gerai-gerai jualan hasil komersial kat sini..labu sayung pun ada.
banyak aktiviti bole dilakukan kat sini
lanskap yang cantik kat entrance

Sebelum balik ke Penang, aku singgah sekejap kat Taiping, pekena mee udang kat Kuala Sepetang.Mee Udang kat sini feymess..so..isi perut dulu sebelum balik.haha.
Pekena mee udang ngan kawan lama.

Monday 23 January 2012

Cameron Highland Part3(26 Dec 2011)

Assalamualaikum

Hari ke 3 dan hari terakhir kat Cameron Highland ni, nak balik ke Penang ikut Simpang Pulai..sepanjang perjalanan tu memang banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati seperti Bee Farm, Cactus Point & Strawberry Farm.

Bee Farm terletak berdepan je ngan jalan masuk nak ke BOH tea Plantation Sungai Palas. Kat tempat ni korang boleh beli segala produk berasaskan madu dengan harga yang berpatutan.


Masa kami pegi kat sini, hujan baru je berhenti..so kabus memang banyak dan sejuk...rasa macam kat Gunung Kinabalu pula..heheh.


Boleh melawat tempat pembiakan lebah ni, tapi kalau ada accident...sendiri tanggung. Tapi so far takde la pape yg tak diingini berlaku,aku pun kalau bukan sofea yang ajak...mana aku nak pi..heheh...betul..anak aku ni yang beria-ria nak pi  Bee farm ni...tengokla muka dia tu....hahahah


Next ke Cactus Point, kat sini ada beraneka cactus dengan size dan warna yang berbeza-beza..pilih je yang mana suka, harga pun berpatutan. Cuma yang aku tak paham..cactus bukan sinonim ngan tempat panas dan kering ke...apa kaitan cactus ngan tempat sejuk macam cameron ni???



Tempat terakhir yang kami kunjungi sebelum berangkat balik ke Penang adalah Strawberry point...kat sini bukan saja strawberry yang ada dijual tetapi juga bermacam-macam jenis sayuran dan cactus...dan cendawan...



Thursday 12 January 2012

Cameron Highland Part2(25 Dec 2011)

Assalamualaikum

Hari ke-2, kami ke BOH tea Plantation..tahu tak BOH tu maksud apa??..maksudnyaerr Best Of Highland.Tempat ni kat Sungai Palas


Jalan nak masuk bedepan ngan Bee Farm..Jalan masuknyer memang mencabar. Kalau nak pegi tempat ni sama ada masa weekend atau masa cuti, dinasihatkan pegila seawal mungkin & balik la secepat mungkin.hahaha..kalau pegi time peak, masa nak masuk atau keluar ala-ala "deadliest road" kat History channel tu. Tempat ni bagi aku, paling cantik sekali antara semua ladang tea yang ada kat sini.







Next, ke time tunnel..yang menarik kat tempat ni..kita boleh lihat bermacam-macam barang lama zaman datuk nenek kita dulu & boleh ambik gambar sekali. Masuk RM5 untuk dewasa.


Seterusnyerrrr ke Taman Mardi, kat sini "macam-macam ada" dari strawberry ke cactus ke bunga ke apa-apa je la..semua ada kat sini.Entrance fee RM3 dewasa.




Malam tu pula, kami ke Pasar Malam Berinchang. Hari Biasa Pasar Malam ni buka weekend je tapi kalau cuti sekolah atau time cuti umum...buka setiap hari..kekadang dah tak rasa Pasar malam pula, Pasar tani yer la kottt..hahhaa..kat sini..segala jenis sayuran ada, nak beli cactus ada,strawberry pun ader,makanan lagi la belambak..

makan madu original
Next...zzzzz..dah malam balik hotel..check in kat Pines Resort area Tanah Rata..Sofea pun dah nangis-nangis(penat la tu) tapi bila letak atas katil..terus senyum-senyum..lega kot, boleh golek-golek...



Assalamualaikum

Wednesday 4 January 2012

Untuk renungan

Assalamualaikum
Barang siapa yg bangun di pagi hari dan hanya dunia yang dipikirkannya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat hak-hak Allah dalam dirinya maka Allah akan menanamkan baginya 4 penyakit:-

1. Kebingungan yg tiada putus2nya
2. Kesibukan yg tidak pernah ada penghujungnya
3. Keperluan yg tidak pernah dipenuhi
4. Khayalan yg tidak habis-habis
Assalamualaikum

Sunday 1 January 2012

Cameron Highland Part1(24 Dec 2011)

Assalamualaikum...

25hb setiap tahun adalah hari yang istimewa untuk kami, keluarga kecil ini.Bukan sebab Christmas, tapi sebab 25hb adalah hari ulang tahun perkahwinan kami & tahun ini, pada tarikh ini juga Sofea dah berusia 100 hari. Aku dan wife tercinta decide nak ke Cameron Highland untuk percutian 3 hari 2 malam bersama si kecil Sofea. Hotel booking sebulan awal coz time ni memang semua hotel akan "full house" dan memang reda je la "disembelih" untuk harga hotel tu. Selalunya akan naik hampir sekali ganda.

Tips 1: kalau nak bercuti ke tempat ni, Hotel booking awal2 untuk mengelakkan dari tidur dalam khemah.

Dari Penang kami ke Cameron melaui Simpang Pulai, jalannya memang la tak bengkang bengkok macam tapah dan kalau dari area utara elok la masuk ikut simpang pulai. Dari simpang Pulai ke Berincang sepatutnyer hanya mengambil masa kurang sejam, tapi disebabkan time ni memang peak gegilerrr (christmas eve & school holiday) memang giler sesak..naik bukit pula tu.....adeiiiii...

Tips 2: Pastikan kereta nada telah diservice terlebih dahulu sebelum bercuti ketempat ini.

bau break pad terbakar je sepanjang perjalanan.
Semakin menghampiri Berichang melalui Simpang Pulai memang banyak tempat menarik yang boleh korang berhenti dan lawati. Tapi selalunya orang tak kan berenti selagi tak sampai ke destinasinyer..heheh.Kalau pegi bercuti time peak macam ni, tak yah la nak berangan nak patah balik nanti bila dah sampai ke hotel..Dari Berinchang ke Tanah Rata sesak macam "ikan dardin" dalam tin..silap-silap, satu hari..satu tempat je yang korang dapat lawat..haha.

Tips 3: Kalau korang ter"stuck" dalam kesesakan macam gambar kat atas, baik korang berenti la kat memana tempat perlancongan kat tepi-tepi jalan untuk mengelakkan dari membuang masa korang kat dalam kereta & untuk menjaga kondisi kereta korang :)

Sebelum sampai ke Berinchang, kami singgah kat Cameron Bharat Plantation, tepi jalan..Buat pengetahuan korang..kat Cameron ni memang banyak ladang Teh..kat Tanah rata pun ada..korang pilih je la nak pegi mana satu..Tapi bagi aku,kalau nak tangkap gambar cantik..kat BOH tea plantation sungai Palas la yang tercantik(REVIEW Part2)..tapi kalau setakat saje je nak tengok daun teh..pi tempat ni pun ok..tak yah meredah jalan yang hentah ape-ape semata-mata nak tengok daun teh..Cameron Bharat Plantation ni, tepi jalan je..SENANG.

memang sejuk time ni..sebab musim hujan
Pas tu konon-konon nak la merasa apa perasaan minum teh kat ladang teh...nyesal aku....macam sama je rasanyer ngan minum teh kat rumah...maybe aku tak berjiwa seni sangat kot....untuk Hidangan aku kat gambar bawah tu(RM13) ..kalau beli teh dia & bli kuih tu kat kedai kek dalam RM5 je kott..hehe..tapi takde feeeeelllll cameron la kottt..hahah


Untuk "konon-konon" tanak membazirkan masa ter"stuck" dalam kesesakan tu...kami pun decide berenti je kat memana tempat yg bole berenti sepanjang perjalanan..takde la rasa membazir masa untuk hari tu...lagipun aku dah penat tekan clutch naik bukit pula tu..hahah...kalau pakai si"Biru" takpela juga..auto...(Si biru, Tok Aboh & Tok Ming Sofea bawa ke Perlis) so...pakai la "Pak Tam" ni untuk panjat bukit Cameron ni.



Kat tepi-tepi jalan memang banyak gerai buah-buahan untuk korang. Time ni yang aku perasan "petai paling banyak jual" Harga pun berpatutan. Sepanjang perjalanan yang panjang ni..Sofea COOL jerrrr..tengok gambar kat bawah tu..hehe...budak kecil ni memang suka bejalan ler...ke....mak bapa dia yang suka..hahaha.



worksyop..adeiii..
Sampai je kat Berinchang terus check in kat Flora de Cottage, semalam je kat sini. Esoknyer pula check in kat Centuary Pine Resort tanah rata. Letak je Sofea kat atas katil, terus dia mengeliat banyak kali..lenguh kot duk dalam kereta lama..sian Sofea...tapi nampak je dia besemangat , terus hati aku gembira balik..heheh.

sofea seronokkkk
Lepas rehat-rehat sekejap kat bilik, kami decide nak ke Big Red Strawberry Farm..Bedepan ngan hotel kami je..Baik jalan kaki, kalau naik kereta..lagi sejam baru sampai..sebab kene pusing balik & stuck ngan "lautan" kereta yang masuk ke pekan Berinchang ni.Kat tempat ni masuk Free je, nak beli strawberry ke cactus bonsai ke...kat sini memang banyak pilihan..pilih je..murah-murah pula tu.


Malam cadang nak ke Pasar Malam Berinchang yang feymess tu, tapi sebelum tu perut kene isi dulu. Time ni memang cuaca sangat sejuk..terutama time malam, lagipun tengah musim tengkujuh..so, automatic terfikir "steambot"...tapi area Pekan Berinchang ni, macam banyak kedai steambot cina je, takut juga tak halal..tanya la en Google...jumpa Fauzi steambot...dekat ngan KFC ... rupanyer ader lagi satu cawangan di buka sebelah flora de cottage je..good..tak yah jalan jauh..jom makan..set tuk dua orang RM45..bagi aku..biasa2 je, bagi bini aku..tak berbaloi coz banyak sayur jer..bagi korang tak tau la pula...


Perut dah kenyang, rasanyer nak pi jenjalan kat Pasar Malam Berichang, tapi suhu macam dah turun giler..sejuk...kesian pula kat Sofea walaupun Sofea dah pakai baju tebal2 dan dia pun nampak cool jer..tapi...esok2 je la..coz hari dah agak lewat..time for rest sayang..Esok nak ke tanah rata.. Berinchang ke Tanah Rata dalam 6km je. Nanti akan sambung review lagi.

 Assalamualaikum

Tuesday 13 December 2011

Sofea Sembelit dalam senyuman

Assalamualaikum

Budak "tetik" sofea ni..sembelit lagi. Dah dua kali dalam bulan ni. Tak berak tapi Dr check semua ok. Perut takde kembung, degupan jantung ok..Sofea pun memang senyum je..memang takde meragam. Cuma yang aku perasan...dah dua kali dia sembelit ni hanya selepas kami sekeluarga jalan jauh..kali pertama ke KL kali kedua ke taiping..erk..ada kaitan ke tanak berak & jalan jauh???

Aku & wife bawa pi Hope Children Hospital Sg, Ara..Bagus tempat ni. Dr pun baik2, nurse pun cantik-cantik & peramah.
sofi & mama
suka tangkap gambar dak "tetik" ni
Dr bagi ubat masuk "montot" jer..pas setengah jam balik umah terus bereakkkkkk...adei..papanyer la yg tukang tukarkan...banyak pula tu..hahaha.

terus beselera nak makan nasik..hahahha, macam kuah kari kan???
Hope Sofea pas ni dah tak sembelit...heran juga ni, dah la breast feed...minum susu paling bagus dalam dunia..tapi sembelit gak...sofea sembelit dalam senyuman

Saturday 10 December 2011

Taiping with LOVE

Assalamualaikum

Pagi tadi aku ngan family pi Taiping, maklumlah sekarang kan tengah "musim kawen" banyak la jemputan nak kene pegi. Bulan satu tahun depan ada 2 or 3 jemputan lagi..Alhamdullilah pada mereka yang nak dirikan masjid..pas ni masuk pula "musim mengawan" hehehe. Betambah ramaila "geng budak sekolah" anak aku nanti.

Semoga berbahagia ke akhir hayat
Dah jejak kaki kat Taiping ni...apa lagi, ronda2 la..pi usha pa tempat yang menarik...main tangkap-tangkap gambar la pula kan ngan baby Sofea.
Papa..Sofea nak jenjalan Tasek Tea-Peng..boleh???
Tapi Sebelum pi Taman Tasik Taiping tu, aku singgah kat Muzium Taiping jap. Saja ja ambik gambar. Tapi kalau korang pi Perak..Muzium Kuala Kangsar lagi banyak benda nak di usha rasanya. Masuk Muzium Taiping ni free ja & leh tangkap gambar sesuka hati..Pacik guard cakap... :)
Muzium Taiping
cantik juga kat dalam ni
Lepas Muzium ni kami pi makan lagi kat dataran dalam area Taman Tasek Taiping ni..Tak tau la dataran ni nama apa, tapi mee udang dia memang sedap dan harganya hanya RM6 je..kalau aku tak salah ada dalam 6-7 ekor udang dalam tu kot, besar-besar pula.berbaloi la...tapi "yong tau fu" aku syorkan jangan beli la...coz, dia tak letak tanda harga. Bila bini aku tanya, pekedai tu jawab "kat sini memang style tak letak tanda harga"..bukan apa, takut nanti time bayar korang "terkejut" ngan harganyer..hahah.

makan dengan bersopan santun
Next..Taman Tasek Taiping...masa ni hujan baru berenti, tapi masi ada bunyi "guruh2" sikit.so kami ber photo shoot je la seada mungkin..Sofea pun dah mula buat muka "memeh" dia...maksudnya letih.

ber"cereka rama" kat tasik ni pula...
macam mak bapa je yg asyik begambar..
Time kami kat sini ada 3 pengantin yang buat photo shoot kat sini..tempat ni bagi aku memang cantik dan kalau aku ada rumah area ni memang hari-hari aku jogging kat sini sambil mencuci mata melihat kehijauan taman..heheh.. Pas ni...Balik Penang la..Sofea suka bila dengar nak balik negeri kelahiran dia..hahahah

Pemandangan yang indah atas bridge...sayang tak leh berenti ambik gambar sunset...second bridge nanti bila dah siap..dengar khabar ada tempat rehat kat tengah-tengah laut tu..lagi pun jauh kan..24km...kene la ada RnR . Aku perasan anak aku ni senyum je sepanjang perjalanan balik masuk island...dia suka kot hidu bau laut..hahahah.

Assalamualaikum